Saya tertarik dengan beberapa
laporan akhbar di negara kita dalam tahun ini yang berkaitan cinta di laman
sesawang. Rata-rata akhbar melaporkan tentang isu cinta muka buku, perkenalan
di laman maya, terpedaya dengan sindiket penipuan internet dan sebagainya yang
berkaitan.
Masalah ini bukannya masalah
baru kerana perkara seumpama ini sudah terjadi sejak tiga hingga lima tahun
kebelakangan ini. Oleh itu, saya terfikir, mengapa masih wujud golongan
naif yang boleh terpedaya dengan cinta di laman sosial ini. Pada pendapat saya,
sudah banyak kali kes ini berlaku. Seharusnya masyarakat mengambil iktibar
terhadap kejadian tersebut, sebaliknya, mereka masih boleh ditipu. Saya berpendapat, mungkin banyak kes berkaitan
penipuan melalui Internet dilaporkan media massa namun masih ada lagi individu
yang menjadi mangsa sindiket itu gara-gara cinta. Cinta? Hanya sekadar membaca
puitisnya tulisan di laman maya, adakah itu boleh ditafsirkan sebagai cinta sejati?
Pada
14 Mei 2013, pihak polis telah menahan Sembilan lelaki warga Nigeria yang
berusia antara 20 hingga 30 tahun yang dipercayai pelajar dan terlibat dalam
sindiket ‘African Scam’ yang beroperasi di Ampang dan Puchong.
Berikut merupakan gambar yang berkaitan dengan penipuan di internet yang dilakukan oleh warga Nigeria dan Afrika.
Tertarik dengan kisah penipuan sindiket internet ini, saya ingin mengupas tentang isu berkenaan seorang warga intelektual, iaitu guru wanita yang berusia 45 tahun. Guru tersebut kerugian sebanyak RM 14,200. Menurut laporan, guru tersebut telah berkenalan dengan seorang lelaki yang tinggal di Scotland melalui laman sosialnya, yang dikenali sebagai Halim dan bekerja sebagai jurutera. Menurut mangsa, selepas sebulan berkenalan, dia diminta mengirimkan sejumlah wang bagi membolehkan lelaki berkenaan menghantar barang kepada mangsa sebagai hadiah. Guru tersebut kemudiannya membuat laporan polis kerana merasakan dirinya tertipu apabila barang pos yang dijanjikan tidak diterima.

Mangsa
penipuan di internet ini bukan sahaja golongan intelektual, malah golongan
remaja juga turut menjadi mangsa. Bayangkan, seorang remaja berusia 15 tahun
yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) lari dari rumah gara-gara
terpedaya dengan teman lelaki yang baru dikenalinya di laman maya.
![]() |
Ibu bapa kepada mangsa yang melarikan diri dari rumah gara-gara mengikut lelaki yang baru dikenalinya di 'facebook' tampil membuat laporan |
Masalah
cinta di laman sosial ini sangat membimbangkan. Mangsa akan dipengaruhi dengan
ayat-ayat manis daripada sang lelaki yang tidak dikenali. Mereka akan
mempercayainya dan sanggup melakukan apa sahaja perkara yang diminta, contohnya
menyerahkan wang dan melarikan diri dari rumah bersama lelaki yang baru
dikenalinya. Bukan sahaja harta yang diragut, malah maruah mungkin akan
tergadai. Bayangkanlah perasaan ahli keluarga, terutamanya ibu bapa apabila
anak gadis mereka sanggup lari dari rumah semata-mata kerana cinta palsu yang
baru diperoleh.
Oleh
itu, saya berpesan kepada semua agar berhati-hati dengan setiap orang yang anda
baru kenali. Tidak salah untuk menggunakan laman sosial, namun anda harus bijak
dan sentiasa berwaspada. Jangan terlalu mudah berlembut hati dan terpedaya
dengan kata-kata manis insan yang tidak anda kenali secara zahirnya. Bak kata pepatah,
buat baik berpada-pada. Jangan jadi terlalu baik sehingga tergadai harta benda,
maruah keluarga dan harga diri.
Terima kasih nasihat ya
ReplyDelete