Monday, 2 December 2013

‘Tuhan Harun’ finally arrested, solving JAIP officer’s murder

Before the above topic proceeded longer, we think that most of the Malaysians have known about the murder of a 49-year-old Pahang Islamic Religion Department officer Ahmad Rafli Abdul Malik. who was believed shot dead by an unknown murderer in a close-distance at his home. The incident believed to be happened after Rafi answered the greetings from three unknown suspects wearing a robe respectively, shot him into death a few minutes later.

            Recapping the previous story, police started to probe it deeply and found ‘Tuhan Harun’ which was one of the deviant sects actively operating in 2009, is back on criminal track related with the murder. It was reported that the founder, known as 47-year-old Harun Mat Saad, allegedly had been subdued by Rafi and his force on 4 April this year through a sudden raid. Reportedly, the motive of the murder is about black revenge, taken over Rafli for being disenchantment. Plus, from that raid, the living story of Harun has been revealed gradually, especially his case of becoming among Bank Negara's most wanted individuals for his fault in a get-rich-quick scheme with illegal deposit involving up to RM200 million. More atrociously, Harun also allegedly made a big fraud on some well-known celebrities such Mawi, Datuk M. Nasir, Amy Search and more, as he claimed himself as a music composer as well, fleeing a thousand-amount of cash after dealing with them to perform at his event. One of his events that had been held was Konsert Malam Seribu Karya Rock Rohani, in 2009 at Melawati Stadium, Shah Alam. 

The wanted Harun Mat Saad or known as 'Tuhan Harun', reportedly had implicated with some charity events previously as he wanted to con others' money by persuading to join him too


Harun Mat Saad being brought to the syariah court in Kuantan on April 24


            A report from New Straits Times on November 14 stated Harun manages to amass a fortune, including a mansion in Shah Alam and RM200 million in cash, while maintaining a jet-setting lifestyle. Moreover, his “fund-raising scams ran across Malaysia and even Brunei, where he allegedly cheated 5,000 people in the sultanate of RM211 million. In fact, that report also unveiled Harun made a full use of his freedom as he evaded arrest, and even branched out to Brunei, where he allegedly conned more than 5,000 people there into investing RM211.549 million through Kelab Taqwa Malaysia (KTM), which is owed by Dina Sdn Bhd, a company he was involved with.  

        Pahang police chief Datuk Sharifuddin Ab Ghani attributed the slip-up to the lack of communication and the separation of legal jurisdiction. He said syariah and civil cases are two separate systems, and there is no any way for one side to know what the other is doing.  He said more, “Perhaps the syariah court was not aware that Harun had long been a wanted man,” he told the media about one of the reasons of how Harun is still escaping away and recently, his name has been enlisted back to become one of the most wanted criminals by the authorities. To strengthen more this statement, the prosecutors said there had been many cases of individuals wanted by the law who got away because of this weakness in the system. “In this case, we could have detained him, but he got away,” a senior prosecutor alleged.

        From this case, undoubtedly revenge is not a solution instead of only giving another problem. On the other hand, we also feel pity on some people who have done a noble job to make this country better. But their kindness is replied with massacre to release their futile anger. Whatever is it, justice must be served. 

















Pengikut ajaran sesat tuhan harun dinasihat serah diri

Monday, 28 October 2013

Tragedi menyayat hati: Pegawai Ambank Ditembak Mati Pengawal Keselamatan



            Lebih kurang seminggu lepas, telah berlaku satu tragedi yang sangat tragis dan menyayat hati iaitu kes kematian seorang pegawai Ambank, Norazita Abu Talib akibat  ditembak mati oleh  pengawal keselamatan yang bertugas di situ. Sebak hati saya apabila membaca rentetan peristiwa tersebut melalui media.

            Setelah disiasat, kebenaran yang diperoleh ialah suspek sebenarnya bukanlah warganegara yang berasal dari Sabah, tetapi suspek berasal dari negara jiran, Indonesia. Dia menggunakan kad pengenalan palsu yang beralamat di Sabah. Saya berpendapat, suspek tidak dicurigai sepanjang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Ambank kerana pertuturan Indonesianya boleh diubah menjadi pertuturan dialek Sabah. Tambahan pula, masyarakat semenanjung tidak begitu arif perihal pertuturan masyarakat Sabah. Oleh itu, tiada sesiapapun mencurigainya selama ini.

Wajah suspek yang dirakam oleh kamera CCTV
            Suspek menggunakan nama Ardi Hamza dan berusia 37 tahun. Pada waktu kejadian, lebih kurang pada pukul 6.18 petang, mangsa bersama suspek serta empat lagi pegawai bank berada di dalam bilik kebal dipercayai mahu menyimpan sejumlah wang. Suspek yang bersenjatakan ‘pump gun’ itu telah melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa dan kemudiannya telah melarikan diri bersama sejumlah wang dengan menunggang motosikal. Mangsa mati di tempat kejadian akibat pendarahan yang teruk di kepala. Hasil siasatan polis mendapati suspek telah melarikan wang tunai sejumlah RM 450,000.

            Setelah disiasat, terdapat tiga orang yang bersubahat dengan suspek iaitu dua orang pengawal keselamatan dan seorang wanita. Dua orang pengawal keselamatan terbabit merupakan saudara suspek manakala wanita tersebut pula dipercayai isteri suspek.

Dalam kenangan : Al-Fatihah.....
            Selepas berlakunya insiden menyayat hati ini, saya berpendapat pihak majikan bagi mana-mana syarikat perlu berwaspada dengan setiap pengambilan pekerjanya. Bukan sekadar tertumpu kepada pengawal keselamatan sahaja, malah kepada semua jenis jawatan. Kita tidak mahu terdapat pembunuh yang bersembunyi dalam kalangan kita. Syarat pengambilan pekerja harus diketatkan, terutamanya bagi jawatan pengawal keselamatan kerana melibatkan penggunaan senapang.




SESI BERPANTUN : Tema Kesedaran Agama

1.         Subur keladi tepian kali,
Akar melingkar dipangkal pedada,
Tabur budi jangan sekali,
Buat mungkar biar berpada.

2.         Juwita berangan jauh lamunan,
Menari rodat di tanah kurnia,
Riak jangan jadi makanan,
Tika ibadat canang sedunia.

3.         Merbuk dijerat oleh arjuna,
Sangkar ditepi umpannya lari,
Tutup aurat dengan sempurna,
Agar api xjamah diri.

4.         Ke Johor Lama cari tenunan,
Indah sulaman tekad di tepi,
Kalau agama buat mainan,
Wanita idaman jangan diimpi.

5.         Molek baiduri hantaran Melaka,
Dialas batik cantingan Bahaman,
Jangan diri bertopeng muka,
Luar cantik reput dalaman.



SESI BERPANTUN: Tema Memartabatkan bangsa

Teringat saya tentang beberapa pantun ciptaan saya pada setahun yang lepas. Di sini saya ingin  berkongsi dengan anda semua tentang pantun ciptaan saya ini. Semua pantun ini bertemakan Memartabat Bangsa. Semoga dengan membaca pantun ini, kita akan menjadi semakin bersemangat dan mengamalkan gaya hidup bertoleransi sesama masyarakat.



1.         Bersimpuh dara di balik ruang,
Menjahit hiasan bersama teman,
Warisan asli tetap kujuang,
Martabat warisan zaman berzaman

2.         cahaya hiasi memikat hati,
Rembulan menyeri malam selasa,
Bangsa berpaksi pada pekerti,
Hidup harmoni aman sentiasa.

3.         Terbang sekawan burung tempua,
 Hinggap pula di hujung kota,
Andai berpecah kita semua,
Pertiwi hancur rakyat derita.

4.         Berjalan dara di tepi baruh,
Sayangnya kaki tersepak batu,
Patah sayap bertongkat paruh,
Demi negara rela bersatu.

5.         Teruna dara tampak serasi,
Memakai busana tersemat hiasan,
Pertiwi negara angkat transformasi,
Rakyat unggul teraju wawasan.

6.         Berehat aduka di perdu berangan,
Penat berjalan sama sahaya,
 Budaya tradisi dilupa jangan,
Giatkan usaha majukan ia.

7.         Terbang tinggi si rama-rama,
Hinggap di mawar tengah laman,
Pelbagai kaum hidup bersama,
Saling membantu jadi amalan.

8.         Sekawan pekaka terbang menerpa,
Hinggap di pohon akar selirat
Sesama jiran bertegur sapa,
Ikatan mesra terjalin erat.

9.         Di tengah panas menampi padi,
Bawa berdagang tuju ke kota,
Bangsa bertunjang kesantunan budi,
Berbudi bahasa amalan kita.

10.       Jalan berliku tetap diredah,
Demi mencari kuntuman melur,
Di mana bumi kaki melangkah,
Di situlah bakti akan dihulur.

11.       Jauh bertandang panglima Deman,
Tersisip di pinggang keris keramat,
Singkirkan dengki kukuhkan keimanan,
Negara makmur penuh terhormat.

12.       Terang menyinar cahaya suria,
Terimbau kenangan tika berkenal
Masyarakat madani penuh ceria,
Negara harmoni terus terkenal.

13.       Sireh junjung adat pinangan,
Diletak teruna bawah tualang,
Tradisi kita di lupa jangan,
Adat dikendong budaya dijulang.



By:EMIERA IZZATY IBRAHIM
25 September 2012
02.30 am


Malam Festival Anugerah Merdeka UiTM Shah Alam 2013


Pada 25 September yang lalu, iaitu pada hari Rabu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah menganjurkan program Malam Festival Anugerah Merdeka anuran Pusat Kebudayaan UiTM. Festival tersebut telah berlangsung di Dewan Resital Panca Sakti, Pusat Kebudayaan UiTM pada pukul 8.30 malam dan majlis tersebut tamat lebih kurang pada pukul 11.30 malam. Saya telah bertindak sebagai pengacara majlis pada malam festival tersebut.


Saya bersama dengan sahabat pengacara pada malam festival tersebut.


Festival ini adalah julung kalinya dianjurkan oleh Pusat kebudayaan dan unit Hal Ehwal Pelajar bersempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaan yang telah kita raikan. Pada tahun ini negara kita telah meraikan 56 tahun kemerdekaan dengan tema “Malaysiaku Berdaulat:Tanah Tumpahnya Darahku”.

Hiasan gangsa letak di rumpun, 

Ditempa aduka berteman kesuma, 
Pewaris bangsa duduk berhimpun, 
Sejarah merdeka hayati bersama.


Pada pendapat saya, ulang tahun kemerdekaan inilah yang perlu dikenang oleh kita, generasi pada hari ini untuk mengimbau kembali sejarah perjuangan perwira-perwira negara kita dalam mendapatkan kemerdekaan negara Malaysia tercinta ini. Rentetan dari itulah Pusat Kebudayaan mengambil inisiatif untuk menyumbang sedikit penghargaan dalam mengenang erti kemerdekaan dengan menganjurkan Festival Anugerah Merdeka 2013 dengan mengadakan dua pertandingan sekaligus iaitu pertandingan Sayembara Deklamasi Sajak Patriotik dan Nyanyian Lagu Patriotik. Pertandingan ini dapat membuka peluang kepada para pelajar untuk menggilap bakat mereka.

Penyertaan sangatlah menggalakkan oleh mahasiswa UiTM Shah Alam ini. Pada malam Selasa, 24 Oktober, telah berlangsung peringkat saringan bagi pertandingan Sayembara Deklamasi Sajak Patriotik oleh 40 orang peserta. Dalam peringkat saringan tersebut, hanya 10 orang sahaja yang akan dipilih bagi ke peringkat akhir pada malam festival itu.

Pemenang bagi pertandingan Sayembara Deklamasi Sajak Patriotik ialah Nur Sharina Cik Ibrahim dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dengan sajaknya Ke Ruang Katarsis. Naib Johan pula disandang oleh Muhammad Hariri Nasir dari Fakulti Kejuruteraan Kimia.



Sharina, johan bagi deklamasi sajak.
Bagi pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik pula, Johan dirangkul oleh Nurazliana Haslin Rusli dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi dengan lagunya Dirgahayu Tanah Airku. Tempat kedua dimenangi oleh peserta siswi dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dengan tajuk lagu yang sama.



Nurazliana Haslin, johan bagi kategori nyanyian

         Semoga pertandingan seumpama ini mampu diteruskan untuk masa yang akan datang bagi memberi kesedaran patriotik kepada para mahasiswa di samping mencungkil bakat yang terpendam. Berikut adalah foto-foto yang diambil sepanjang malam tersebut.







Rumah Api di Penghujung Stesen Kereta Api



Apabila saya nyatakan tentang rumah api, masihkah anda semua tahu dan kenal akan rumah api tersebut? Rumah api ialah menara atau bangunan tinggi bagi membantu ahli pelayaran, juru mudi atau nakhoda kapal di laut untuk belayar dan mendarat dengan selamat. Menara ini dilengkapi dengan sistem lampu atau cahaya api. Biasanya rumah api dibina di kawasan tebing tinggi yang strategik bagi memudahkan kapal dagang datang berlabuh pada waktu malam hari. Rumah api juga boleh membantu menandakan kawasan berbahaya dan dalam pandu arah udara. Terdapat banyak rumah api di negara kita, tetapi apa yang ingin saya kongsikan bersama ialah tentang rumah api yang sangat istimewa ini. Kenapa istimewa?
Rumah api tersebut terletak di negeri Cik Siti Wan Kembang atau lebih spesifik lagi ialah di stesen kereta api Tumpat, yang merupakan hentian terakhir bagi kereta api. Stesen kereta api Tumpat pula terletak di kawasan Kampung Dalam Rhu yang bersebelahan dengan laut dan pangkalan nelayan. di sinilah rumah saya

Melalui sumber penduduk lama kampung ini, rumah api ini dibina pada zaman pemerintahan British lagi kerana pada zaman itu Tumpat merupakan sebuah pangkalan yang maju dan dikunjungi oleh ramai pedagang bijih timah, besi, emas dan rempah ratus. Rumah api berkenaan dibina bagi memudahkan laluan kapal-kapal pedagang pada waktu malam kerana dikhuatiri mereka akan terlanggar tebing atau pangkalan dan member isyarat kepada kapal-kapal bahawa mereka semakin hapir kea rah pangkalan. Pada waktu malam, api akan dinyalakan di atas puncak rumah api tersebut. Nyalaan api tersebut sangat terang dan dapat dilihat oleh pelayar dan kapal pedagang pada waktu malam. Selepas tamat pemerintahan British, rumah api tersebut masih dikekalkan sehingga kini sebagai mercu tanda sejarah masyarakat tempatan.



Rumah api di zaman penjajah yang masih teguh
         
Pada pendapat saya, lokasi terletaknya rumah api tersebut sangat cantik kerana berada di tengah-tengah antara laut, perkampungan dan stesen kereta api. Pengalaman saya sendiri, saya pernah memasuki rumah api tersebut dan naik tangganya yang tinggi untuk sampai ke puncak. Apabila tiba di puncak rumah api berkenaan, saya terpegun melihat keindahan pemandangan dari pandangan atas rumah api. Saya mampu melihat laut yang membiru dari hadapan dan juga Bandar Tumpat yang cantik dari belakang. Saya juga dapat melihat bot-bot nelayan, kapal-kapal besar dan perahu-perahu kecil yang berada di pesisiran pantai dan juga di tengah laut. Menurut masyarakat tempatan, pemandangan laut dapat dilihat lebih indah jika berada di puncak rumah api pada waktu malam.

Disebabkan keunikan rumah api tersebut, terdapat ramai pasangan pengantin yang mengadakan sesi fotografi di kawasan tersebut bagi mengabadikan kenangan terindah mereka. Sekiranya anda semua berpeluang untuk ke Tumpat dengan menaiki kereta api, jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri keunikan rumah api bersejarah tersebut. Anda juga akan kagum dengan keindahan semulajadi di kampung ini.