Salam mutiara kata.....
Setiap orang pasti mempunyai pandangan dan persepsi masing-masing terhadap sesuatu isu...
Di sini saya sekadar ingin berkongsi ilmu dan meluahkan pandangan saya terhadap isu yang dibangkitkan..
Semoga kita sama-sama mampu berfikiran terbuka dan menilai baik buruk sesuatu perkara...
Berfikirlah dengan akal dan gunakanlah ilmu pengetahuan yang ada..
Apa yang baik datangya dari Allah s.w.t, dan apa yang buruk datangnya dari diri saya sendiri..
Wassalam....
Mutiara kataku bukan inginkan pujian, bukan juga masyhur kudambakan, sekadar ingin berkongsi pandangan, ilmu disebar sesama taulan……
Friday, 25 October 2013
Monday, 21 October 2013
Fight after accident on the road - berbaloikah?
Saya telah menonton satu video
dari sumber Youtube yang berdurasi 3 minit 12 saat. Video ini memaparkan tragedi pergaduhan
yang berlaku antara dua orang lelaki daripada kaum Cina.
Saya sangat tertarik dengan video pendek tersebut kerana ia memaparkan peristiwa sebenar dan banyak pengajaran yang dapat diambil.
Dari keseluruhan video yang
ditayangkan, beberapa kesimpulan mampu dibuat dari sudut ilmiah. Kesimpulan
yang pertama ialah insiden ini telah menunjukkan perilaku kedua-dua lelaki
tersebut adalah tidak matang dan dan bersikap kebudak-budakan. Hal ini adalah
kerana permulaan bagi insiden ini berlaku disebabkan oleh seorang lelaki
berbaju merah tanpa sengaja telah melanggar bonet kereta sorang lelaki berbaju
putih itu. Lelaki berbaju putih yang menjadi mangsa pelanggaran bonet kereta itu
terus menyerang lelaki yang melanggar bonet keretanya itu tanpa berfikir
panjang. Tindakan sebegini adalah tidak wajar bagi seorang lelaki dewasa kerana
hal ini telah menunjukkan mereka tidak berfikiran matang dan bertindak mengikut
nafsu dan amarah semata-mata. Sepatutnya, lelaki berbaju putih itu perlu
berfikir secara rasional dan bertenang. Insiden ini boleh diselesaikan tanpa
perlu mengajak lelaki berbaju merah itu bergaduh.
![]() |
| Babak dramatik dan klimaks : pergaduhan di tengah kesesakan lalu lintas |
![]() |
| Inilah akibatnya andai terlalu menurut amarah masing-masing...Luka dan pendarahan teruk yang sia-sia |
Video pergaduhan antara mereka telah
dimuat naik ke dalam Youtube dan disebarkan secara meluas dalam rangkaian
sosial internet. Media sosial sangat efektif bagi memaparkan sesuatu kejadian
secara cepat dan meluas, namun akan menimbulkan impak negatif sekiranya kejadian
yang memalukan Negara seperti ini ditayangkan dan ditonton umum oleh masyarakat
dari seluruh dunia. Seharusnya, sesuatu bahan berita perlu ditapis terlebih
dahulu sebelum dimuat naik ke dalam internet. Beberapa sekatan perlu dikenakan
kepada mereka yang ingin memuat naik sesuatu bahan. Hal ini dapat menyekat
bahan-bahan yang tidak bermoral dan berunsur negatif seperti ganas, samseng,
lucah dan biadab agar tidak dilihat umum. Maruah Negara dan individu tersebut
juga mampu dipelihara. Sebagai rujukan, saya sertakan link Youtube video tersebut agar anda semua boleh menontonnya sendiri. http://www.youtube.com/watch?v=b_dSOFmw1C4
Sekian sahaja pandangan saya tentang isu video tersebut...
~Mutiara Kata Emiz~
Subscribe to:
Posts (Atom)



